Suatu proses perhubungan menolong
yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor
profesional. Hubungan menolong ini dilakukan bagi menghasilkan perubahan dan
perkembangan peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang
hayat (Akta Kaunselor 1998)
APA ITU E-KAUNSELING?
E-kaunseling ialah satu perkhidmatan secara alam maya yang hanya menggunakan internet sebagai alat komunikasi utk berhubung melalui email ataupun ruang sembang. perkhidmatan ini sememangnya telah lama diwujudkan.. walau bagaimanapun, ianya tidak begitu terkenal mahupun dikenali oleh setiap lapisan masyarakat .Oleh hal yang demikian. kami barisan kaunselor hello kaunselor consultant berada dalam usaha utk menjadik perkhidmatan atas talian seperti ini menjadi pilihan dan keutamaan masayarakat di negara dan juga di luar negara.
😮E-terapi
😮Terapi online
😮Kaunseling online
😮Kaunseling siber
😮Terapi siber
😮Psikoterapi online
😮Terapi internet
😮Kaunseling internet
😮Kaunseling maya
Kosep asas e-kaunseling ialah satu proses
interaksi antara klien dan kaunselor
yang berada dalam lokasi yang berbeza dan
menggunakan kemudahan internet untuk berkomunikasi. Medium yang
digunakan berbeza kerana kaunseling bersemuka bertemu klien secara langsung dalam
ruang yang sama sedangkan e-kaunseling
pula menggunakan talian internet sebagai penghubung antara klien dan kaunselor
yang berada di dua lokasi berbeza. Konsep asas e-kaunseling ialah satu proses
interaksi antara klien dan kaunselor
yang berada dalam lokasi yang berbeza dan
menggunakan kemudahan internet untuk berkomunikasi. Medium yang
digunakan berbeza kerana kaunseling bersemuka bertemu klien secara langsung dalam
ruang yang sama sedangkan e-kaunseling
pula menggunakan talian internet sebagai penghubung antara klien dan kaunselor
yang berada di dua lokasi berbeza. Perkhidmatan e-kaunseling ini ditawarkan dalam
dua cara iaitu melalui e-mel dan ruang sembang.
E-mel
Perkhidmatan e-kaunseling melalui e-mel ialah perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan melalui balasan
e-mel. Klien hanya perlu menghubungi kaunselor melalui alamat e-mel yang
dibekalkan dalam laman web. Klien boleh menghantar e-mel kepada kaunselor untuk
menyelesaikan permasalah yang dihadapinya. Balasan dijanjikan dalam tempoh yang
tertentu seperti 48 jam.
Chatroom
Kaedah ruang sembang ini ialah apabila klien dan
kaunselor bertemu dan berinteraksi di
alam siber dalam waktu yang sama
(synchronous). Mereka bertemu dalam ruang sembang yang ditawarkan di
laman web ataupun sistem ’instant
messaging’. Kaunseling dalam ruang sembang pula beroperasi secara langsung
dalam ruang sembang yang disediakan. Klien boleh membuat temujanji tarikh dan
masa bagi membolehkan kedua-dua klien dan kaunselor berinteraksi secara
langsung ataupun terus log masuk dalam waktu bertugas kaunselor. Bagi membantu klien, jadual bertugas
kaunselor disediakan bagi kemudahan
klien. Proses kaunseling melalui ruang sembang boleh dilakukan dengan
menghubungi laman web seseorang kaunselor atau sesuatu organisasi perkhidmatan
kaunseling, membuat temujanji dan seterusnya menghadiri sesi
dalam ruang sembang yang disediakan. Selain itu, e-kaunseling juga dikenali sebagai:
😮E-terapi
😮Terapi online
😮Kaunseling online
😮Kaunseling siber
😮Terapi siber
😮Psikoterapi online
😮Terapi internet
😮Kaunseling internet
😮Kaunseling maya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan